Cheng Ho (1371-1433)
Laksamana Muslim dari China
Cheng Ho atau Zheng He, sebanarnya lahir dengan nama Ma He pada tahun 1371. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin berketurunan Hui, iaitu sebuah etnik China beragama Islam, di Yunan, sebuah wilayah di Barat
Daya China.
Datuk dan ayah Chen Ho pernah melakukan beberapa penghijrahan haji ke makkah ketika dia masih kecil. Kembara itu serba sedikit telah mendedahkannye kepada budaya asin dan pelbagai pengetahuan seperti kemahiran bahasa Arab dan ilmu geografi.
Pada usia 10 tahun, Cheng Ho telah menjadi tawanan perang. Tetapi nasibnya baik apabila telah dipilih untuk menjadi sida istana yang bertugas sebagai pengiring kepada seorang bangsawan bernama Yong Li.
Bakat kepimpinan Cheng Ho sudah mula terserlah apabila dia telah menjadi orang kepercayaan Yong Li yang sedang mengadakan kempen menggulingkan maharaja ketika itu. Setelah Yong Li menaiki takhta sebagai maharaja, Cheng Ho mempunyai peranan penting membantu Dinasti Ming dalam beberapa siri kempen ketenteraan termasuklah menakluki Nanjing. Sebagai ganjaran, Cheng Ho telah dikurniakan pangkat dan kedudukan berserta gelaran keluarga “Cheng”.
Oleh kerana kebijaksanaan, keberanian dan kecerdasannya itu, Maharaja telah menganggap Cheng Ho seperti anak baginda sendiri. Dari situlah bermulalah era baru pemuda yang dikatakan mempunyai ketinggian lebih dari lapan kaki ini sebagai orang kepercayaan Dinasti Ming apabila diberi mandate sebagai duta Negara China yang membawa mesej diplomatic merentasi samudera luas.
Jejak Ekspedisi Cheng Ho
Tahun 1405 telah menjadi titik permulaan’penguasaan’ China dalam bidang maritime apabila Maharaja Yong Le melancarkan misi ekspedisi tetbesar dalam sejarah. Cheng Ho pula dilantik sebagai laksamana yang mengetui misi. Sehingga tahun 1433, Cheng Ho telah mengetui tujuh armada pelayaran ke 37 negara meliputi rantau Asia Tenggara, benua Afrika dan Tanah Arab dalam tempoh 28 tahun.
Tujuan penjelajahan adalah untuk memupuk hubungan diplomatic di kalangan Negara-negara asing dan menyampaikan lporan keadaan semasa Negara-negara terlibat kepada pihak istana. Ada juga berpendapat sejarawan yang mengatakan matlamat utama misi adalah untuk memulihkan semula imej Maharaja Yong Li yang agak kurang baik berikutan cara batginda yang menduduki takhta secara penggulingan kuasa.
Diplaporkan saiz angkatan laut Cheng Ho mempunyai kekuatan berganda-ganda apabila dibandingkan dengan bahtera ibnu Battutah mahupun kapal Christopher Columbus. Jika dilihat pada saiz kapal tongkang Cheng Ho berukuran 400 kaki panjang, empat kali ganda dari saiz kapal Christopher Columbus yang hanya sepanjang 85 kaki. Malahan kekuatan armada Cheng Ho tidak standing degan mana-mana kuasa Eropah walaupun sesebuah armada itu adalah gabungan daripada beberapa kerajaan.
Suatu pencapaian yang amat luar biasa pada kurun ke-6 bagi tongkang sebesar itu dapat membelah lautan China Selatan dan Lautan India menuju di Ceylon, Arab dan Afrika Timur. Angkatan laut ini terdiri daripada 317 buah kapal besar yang setiap satunya mempynyai sembilan batang tiang layer, dengan ukuran 300 kaki panjgan dan 150 kaki lebar dengan kapasiti 1000 orang penumpang. Kebanyakan kapal tersebut telah dibina di sebuah limbungan Teluk Naga berhampiran nanjing. Sisa-sisa tinggalah masih dapat dilihat hingga ke hari ini.
Tongkang-tongkang telah dilayarkan pada Julai 1405; 500 tahun lebih awal daripada pelayaran Columbus ke benua Amerika. Turut dibawa iaitu berdozen-dozen buah kapal khas dengan kain layer lebar 15 meter dan kemudi sepanjang 11.07 meter. Kelengkapan lain termasuk 100 kapal perang. Pelbagai muatan dibawa seperti barangan berharga, bekalan makanan, tangki-tangki air minuman, tentera berkuda, bot rondaan, sutera China, dan barangan tembikar, kain sutera emas dan perak, barangan kapas dan perkakasan besi. Anak kapal yang terlibat berjumlah lebih 27,000 terdiri dari kelasi penterjemah, ahli meteorology, dan tentera.
Cheng Ho menggunakan 57 laluan laut yang berlainan dari Negara China dan 53 jalur masuk, bergantung kepada keadaan laut. Antara laluannya ialah sepanjang pantai China ke Champa lalu merentasi Lautan China Selatan untuk singgah di Jawa, Sumatera dan tiba di Sri Langka melalui Selat melaka. Bagi laluan pulang, cheng Ho telah memilih laluan sepanjang perairan timur India dan selamat tiba ke China semula pada tahun 1407. Melaka sering menjadi pelabuhan persinggahan utama untuk mendapatkan bekalan dan keperluan logistic.
Pada musim luruh tahun 1413 Cheng Ho telah belayar bagi pelayaran keempat bersama-sama 30,000 orang anak kapal menuju ke Negara Arab. Daripada Hormus beliau mengelilingi semenanjung Arab hingga ke Aden yang terletak berhampiran Laut merah. Kedatangan Cheng Ho telah mengejutkan masyarakat di wilayah itu yang didatangi oleh tetangga jauh. Kesannya, 19 buah Negara telah menghantar duta-duta mereka ke kapal Ho dengan membawa hadiah-hadiah untuk dikirimkan kepada maharaja Yong Lee. Beberapa Negara turut membuat lawatan balas seperti Calicut di India, beberapa Negara Asia dan timur Tengah ke china. Ada dikalangan mereka yang tinggal di China buat beberapa tahun dengan tujuan melawat ke pelbagai tempat di sana. Pada tahun 1417, selepas dua tahun bermastautin di Nanjing, para duta asing dibawa pulang oleh Cheng Ho. Dalam perjalanan itu, Afrika, berhenti di Mogadishu, Matindi, Mambassa, Zanzibar dan Mozambique.
Secara tidak langsung, Cheng Ho telah menggalakkan pertukaran dagangan dan teknologi dengan Negara-negara yang disinggahi. Contohnya, para pedagang Arab dan Afrika telah bertukar-tukar barangan dengan armada china seperti rempah ratus, gading, ubat-ubatan, kayu-kayan, dan mutiara. Selain itu, Kota Semarang juga menjadi tempat persinggahan utama dalam urusan rempah-rempah, yang antara lain digunakan untuk pengubatan tradisional Cina.
Pengembaraan Cheng Ho tidak berseorangan apabila turut ditemani oleh Ma Huan dan Ha San dari Suku Hui (imam Masjid besar Chang’an) yang bertindak sebagai pencatat serta juru bahasa, juga Kuo Chuang-li dan Huang Pao. Peranan Ma Huan amat penting dalam mencatatkan pelbaai peristiwa pelayaran lalu mengabadikannya dalam buku yang bertajuk ing Yu Sen Lan atau bermaksud Permandangan Indah di Tepi Seberang Laut. Buku ini menjadi rujukan utama dalam kajian mengenali sejarah hubungan Cina dengan dunia luar.
Walau bagaimanapun, misi penjelajahan ini tidak terlepas dari menerima kritikan dari para pegawai istana sendiri. Mereka mengatakan usaha Maharaja China ini sebagai kurang bermanfaat dan membazir semata-mata. Selepas kemangkatan Yung Le pada tahun 1424, sejurus Cheng Ho kembali ke China menyempurnakan ekspedisid keenam, ekspedisi telah dihentikan. Laksamana Cheng Ho pula telah ditugaskan sebagai komender tentera di Nanking. Penjelajahan terakhir dan yang ketujuh diteruskan ketika pemerintahan maharaja Hsuan-tsung.
Ibrahim TY Ma (1988) dan H Yusuf Chang (1988) dalam tulisannya mencatat secara berturutan tujuh ekspedisi pelayaran Laksamana Cheng Ho. Menurut H Yusuf Chang, pelayaran ketujuh pada 1432-1433, sebenarnya merupakan misi haji yang telah diarahkan oleh Maharaja Husuan-tsung untuk memenuhi sebuah misi rahsia Maharaja Yung Le yang meninggal dunia dan belum sempat dilaksanakan. Tidak diketahui secara pasti bentuk misi rahsia yang dimasudkan. Dalam pelayarang yang lain, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka sebanyak empat kali iaitu pada 1408, 1409, 1412 dan 1413M. Hasil penjelajahan laut ini telah membawa hubungan baik antara melayu Melaka de Negeri Cina di sepanjang 1404. Itu sebabnya tercatat dalam Tawarikh Dinasti Ming.
Pada usia 65 tahun, Cheng Ho kembali mengunjungi teluk parsi, Laut Merah dan meninggal ketika dalam perjalanan pulang dari India pada tahun 1435. Jenazah beliau telah dikebumikan di kawasan pinggir kota nanjing.
Perintis Laluan Sutera Laut
Walaupun Cheng Ho, Christopher Columbus, Vasco da Gama, dan Ferdinand Magelhaen berkongsi satu persamaan dan pengiktirafan – mereka adalah pelayar-pelayar terhebat dunia – namun yang membezakan setiap individu adalah matlamat pelayaran yang mereka ketui.
Misi pelayaran para pelayar Barat lebih kepada tujuan-tujuan seperti penjajahan, penyebaran dokrin Kristianisasi, dan penguasaan kekayaan yang disertai dengan kezaliman dan penindasan ke atas Negara atau bangsa yang didatangi.
Amat berbeza pula dengan pengembaraan cheng Ho sebagai mewakili dinasti Ming yang membawa mesej keamanan, presahabatan, perdamaian, diplomatic, perdagangan, pertukaran budaya dan teknologi, dan menyebar dakwah Islam ke tanah daratan yang disingahi.
Pengembaraan Cheng Ho bukan sekadar membuahkan jambatan silaturrahim tetapi turut membantu beberapa pihak seperti berjaya memusnahkan kuasa lanun China, campur tangan dalam peperangan di Jawa dan membantu pemerintahan Ceylon yang sah mendapatkan takhta baginda semula.
Sepanjang 30 tahun dalam kehidupan sebagai ahli pelayarn, Cheng Ho tidak pernah putus asa melibatkan diri dalam aktiviti budaya Islam di China. Melalui ‘laluan sutera laut’ yang Cheng Ho telah membantu mempereratkan hubungan Cina dengan dunia luar, terutama dalam bidang politik dan ekonomi.
Beberapa pengkaji sejarah moden menyimpulkan sumbangan Cheng Ho yang besar dalam dunia pelayaran silam secara tidak langsung telah menaikkan nama China gah di mata Negara-negara jiran dan mungkin juga sebagai kuasa besar di dunia.
November 2009 – MAJALAH 1
assalam.boleh tahu darimana sumber saudari?
ReplyDelete