Mengapa kita perlukan air?
1. Mengatur suhu badan
Bila kekurangan air, suhu tubuh akan menjadi panas dan naik
2. Melancarkan peredaran darah
Jika tubuh kita kekurangan air (cecair), maka darah akan mengental. Hal ini berlaku kerana cairan dalam darah akan ‘disedut’ untuk keperluan tubuh. Proses tersebut akan memberi implikasi yang tidak baik untuk otak dan jantung manusia.
3. Membuang racun dan sisa makanan
Keperluan cecait tubuh yang cukup dapat membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Air membersihkan racun dlam tubuh melalui peluh dan pernafasan.
4. Kulit
Air sangat penting untuk mengatur struktur dan fungsi kulit. Fungsi air dlam tubuh berguna untuk menjaga kelembapan, kelembutan, dan keanjalan kulit akibat pengaruh suhu udara dari luar tubuh.
5. Pencernaan
Peanan air dalam proses pencernaan untuk mengangkut nutrisi dan oksigen melalui darah untuk segera dialirkan ke sel-sel tubuh. Pengambilan air yang cukup akan membantu proses system pencernaan did lam usus besar di mana gerakan usus menjadi lebih lancer, sehingga najis boleh keluar dengan lancer tanpa risiko sembelit.
6. Pernafasan
Paru-paru memelukan air untuk pernafasan kerana paru-paru harus basah dalam berkerja memasukkan oksigen ke dalam sel tubuh dan membawa karbon dioksida keluar dari tubuh. Ujikaji yang jelas untuk melibat fungsi ini ialah apabila kita menghembuskan. Nafas ke kaca, maka akan terlihat cairan berupa embun dari nafas yang dihembuskan pada kaca.
7. Sendi dan otot
Cecair di dalam tubuh juga berfungsi untuk melindungi dan membantuu memudahkan gerakan pada sendi dan otot. Otot tubuh akan mengempis apabila tubuh kekurangan cecair. Oleh sebab itu, kita digalakkan minum air yang cukup mengikut keperluan harian. Semakin aktif kita bergerak, semakin pentingnya air yang cukup dalam tubuh bagi membantu meninimakan risiko kekejangan otot dan keletihan.
8. Pemulihan penyakit
Air yang cukup dalam tubuh juga dapat membantu proses pemulihan ketika sakit kerana pengambilan air yang mencukupi ini berfungsi untuk menggantikan cairan tubuh yang terbuang.
Cuba ikut tip ini
1. 2 gelas air sebaik bangun tidur akan membantu melancarkan penghadaman.
2. Satu gelas air sebelum mandi akan membantu merendahkan tekanan darah.
3. Satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan risiko serangan strok atau serangan jantung.